Wednesday, February 18, 2009

Pertandingan Gubahan

Selama ini kita sering mendengar mengenai gubahan bunga, pada kali ini Fama Daerah Bera telah mengadakan pertandingan gubahan menggunakan sayuran, ulaman dan buahan. Pertandingan ini telah diadakan di kawasan tapak Pasar Tani Fama Daerah Bera. Ada peserta menggunakan buah-buahan tempatan dan ada yang menggunakan buah-buahan import. Sayur berdaun dan sayur berbuah turut digunakan. Macam-macam gaya ada; yang meninggi, yang memanjang, yang condong, yang bercabang dan bertanduk.

14. Biasa la dalam mana-mana pertandingan, kebiasaannya semua peserta bersungguh-sungguh untuk menjadi antara yang terbaik. Pelbagai cara difikirkan untuk menarik perhatian hakim.

13. Seronok juga dapat tengok kreativiti mereka yang tak pentingkan kemenangan, yang nak seronok-seronok menyertai program. Tambahan pul program yang disasarkan untuk kaum wanita.
12. Melalui pertandingan sebegini jugalah kaum wanita berkumpul dengan tujuan berkongsi minat yang sama. Bukan semua orang minat gubahan buahan, sayuran dan ulaman. Kebanyakannya sukan makan terus tak payah gubah-gubah.
11. Dalam kehidupan seharian dirumah masing-masing elok juga diamalkan ilmu gubahan sebegini bagi menarik perhatian anak-anak dan suami. Barulah terasa hari-hari yang biasa adalah hari-hari yang istimewa.
10. Anak-anak dan suami pula jangan cepat melatah dan berkerut dahi. Makanan dihidang dan dihias dengan menarik dapat melambangkan kasih sayang dan kesungguhan Si Ibu atau Si Isteri menjalankan tanggungjawabnya.
9. Kita perlu berpakaian cantik, rumah kita perlu dihias, kereta kita pun kita hias cantik dan bilik tidur pun kita hias cantik supaya rasa selesa. Makanan pun perlu dihias. Cuba bayangkan ...
8. Kalau tak sanggup nak gubah cantik-cantik setiap hari, cuba buat seminggu sekali. Kalau tak sanggup cuba buat sebulan sekali. Kalau tak sanggup juga cuba buat setahun dua kali, sempena hari raya.
7. Tetapi, timbul pula satu masalah. Kalau dah hias cantik-cantik, sayang pula nak makan. Pakat tengok aja, sampai benda tu kecut dan layu. Tengah segar dan keras main gosok aja, sayang nak makan atau nak gigit.
6. Betul juga, kadang-kadang bila kita dan kemas katil cantik-cantik jadi sayang pula nak tidur atas katil. Bimbang hilang kecantikan yang kita dan usahakan selama beberapa jam. Sanggup pula tidur bawah katil.
5. Bila kita berulang kali melakukan sesuatu pekerjaan, kita akan menjadi mahir. Tak rugi. Orang yang sentiasa belajar akan dapat menghasilkan gubahan dengan cantik dan cepat. Kalau jarang-jarang atau kadang-kadang berlatih tentu tak cekap.
4. Kalau ada pertandingan gubahan di kawasan berhampiran jangan lepaskan peluang untuk memasukinya atau sekurang-kurangnya hadir menyaksikannya. Kalau tak ada pertandingan rajin-rajin berlatih atau buat pertandingan sendiri. Tak ada duit nak beli ulaman, sayuran dan buahan ... gunakan apa yang ada.
3. Ketika pergi pasar bawa bakul dan jangan benarkan peniaga bungkuskan ulaman, sayuran dan buahan yang kita beli. Masukkan dalam bakul yang kita bawa. Sambil tu gubah la sikit-sikit.
2. Kalau pergi pasar selang sehari, bermakna sebulan 15 kali berlatih membuat gubahan. Dua bulan dan 30 kali berlatih. Kalau sampai setahun tentu macam-macam gubahan dah dapat buat. Kalau membeli di Tunas Manja Bera pun serupa juga. Gubah sayuran, ulaman dan buahan yang dibeli dengan plastik-plastiknya, tentu lagi mencabar keretiviti. Sudah tentu 'juruwang' Tunas manja Bera ternanti-nanti kunjungan anda ke Tunas Manja untuk melihat kreativiti anda mengubah sayuran, ulaman dan buahan dalam bakul hijau Tunas Manja yang anda beli.
1. Dimana-mana sahaja kita boleh membuat gubahan, termasuk diatas jalan dekat Big 10. Juga dekat dengan SMK Bandar Kerayong dan Kedai Makan ABW milik En. Ahmad Wok (Ketua Kampung Felda Tementi).
.
Pada masa akan datang Fama Daerah Bera akan berusaha menarik penyertaan dikalangan kaum India. Kalau ada peserta India tentu kreatif jika buah dan pucuk pokok murunggaia digunakan dalam Pertandingan Gubahan Sayuran, Ulaman, Buahan dan Herba. Sila rujuk links berikut untuk maklumat lanjut murunggai (kandasamy.net) (aimanamani.wordpress.com) (en-ulagam.blogspot.com)
.
[18.02.09] [19.02.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera

No comments: