Wednesday, August 26, 2009

Masfol b Kasan Raji (02) Pengusaha

Bagi mengusahakan perusahaan kerepek ubi ini Masfol b Kasan Raji telah menggunakan nama Ubi Mas Enterprise. Pada masa ini alamat yang digunakan adalah No. 115, Felda Kumai Bera Pahang. Ubi Mas Enterprise boleh dihubungi melalui nombor telefon 013-983 3361. Pada masa ini pasaran Ubi Mas Enterprise adalah di Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan. Ubi Mas Enterprise menggunakan jenama 'Mas Food' bagi menpopularkan produk yang dikeluarkan.
06
Bagi Wak Masfol, kejayaan perniagaan beliau berteraskan lima prinsip iaitu:
Pertama- ilmu yang luas dalam bidang yang dipilih. Jangan tahu sikit-siki.
Kedua- minat yang mendalam terhadap tugas yang perlu dilakukan. Jangan minat sikit-sikit.
Ketiga- perlu memiliki modal yang mencukupi. Jangan tersangkut kerja.
Keempat- mesti sanggup menanggung risiko. Jangan takut gagal.
Kelima- sentiasa sabar dengan gelagat pelanggan. Jangan cepat marah.
05
Untuk menjalankan perusahaan kerepek ubi ini, Wak Masfol telah dibantu oleh anak perempuan beliau iaitu Normala Bt Masfol.
04
Perusahaan kerepek ini telah dimulakan pada tahun 2007.
03
Pengeluaran Ubi Mas Enterprise pada tahun 2008 adalah sebanyak 17,095 kg.
02
Pendapatan yang diperolehi oleh Ubi Mas Enterprise pada tahun 2008 adalah bernilai RM147,968.
01
Sebelum menjadi pengusaha kerepek ubi, Wak Masfol adalah penanam ubi kayu. Hasil ubi kayu Wak Masfol sebelum ini dibekalkan kepada pengusaha kerepek di Sepang Selangor. Setelah beberapa lama menjadi pembekal ubi kayu kepada pengusaha kerepek akhirnya Wak Masfol memproses sendiri ubi kayu yang ditanam. Sehingga kini Wak Masfol sendiri tidak mempunyi bekalan ubi kayu yang mencukupi untuk memenuhi permintaan yang telah ada.

Apa yang boleh kita pelajari melalui pengalaman Wak Masfol adalah, kalau kita nak buat sesuatu perusahaan kita jangan ...

Jangan tahu sikit-sikit.
(ada ilmu yang luas dalam bidang yang dipilih.)

Jangan minat sikit-sikit.
(Ada minat yang mendalam terhadap tugas yang dilakukan)

Jangan tersangkut kerja.
(Ada modal permulaan yang mencukupi)

Jangan takut gagal.
(Ada kesanggupan untuk menanggung sebarang risiko)

Jangan cepat marah.
(Ada kesabaran ketika berurusan dengan pelanggan)

Semoga petua ini boleh menjadikan kita berjaya seperti Wak Masfol bin Kasan Raji.

1 comment:

anlibrary said...

Terima kasih feldakumai.com kerana menjadikan berita ini sebagai sumber berita dalam [http://feldakumai.com/kumai/pengusaha-kerepek-ubimas-en-maspol-b-kasan-raji]